Aplikasi Mobil Untuk Perancangan Penjadualan Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang
Abstract
Aktiviti fakulti yang agak padat samada berbentuk akademik atau bukan akademik berlaku secara berkala pada setiap semester pengajian. Aktiviti-aktiviti tersebut secara langsung atau tidak langsung melibatkan penglibatan pensyarah, penolong jurutera makmal dan pelajar setiap fakulti khususnya Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang. Keberadaan Ketua Pusat Pengajian, KPP atau pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan program-program anjuran universiti seperti seminar, bengkel, konferensi akademik, mesyuarat dan urusan-urusan akademik yang berkaitan menjadi isu yang menyumbang kepada keperluan menyusun semua aktiviti tersebut dengan teratur kerana kebanyakkan aktiviti dan program berkenaan lazimnya berlaku dalam minggu kuliah berlangsung. Senario sebegini pastinya menambahkan lagi beban dan kekusutan kepada pengurusan fakulti dan pensyarah-pensyarah untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk sesuatu program yang akan dilaksanakan. Ketua Pusat Pengajian, KPP khususnya perlu mengawasi dan menjadualkan aktiviti-aktiviti berkenaan dengan teratur dan sesuaikan dengan keberadaan KPP dan pensyarah-pensyarah supaya setiap aktiviti dan program yang dirancang berjaya mencapai objektifnya. Aplikasi mobil ini dibina dengan sokongan perisian Microsoft Access mengandungi 8 elemen yang masing-masing menyokong satu sama lain untuk memudahkan setiap pensyarah menjadualkan semua aktiviti masing-masing dengan teratur. Maklumat-maklumat berkaitan dengan setiap aktiviti dan program fakulti boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mobil ini dan dapat dikongsi oleh semua pensyarah. Ianya turut memberi manfaat kepada KPP mengenalpasti dengan mudah dan pantas tentang keberadaan seseorang pensyarah pada sesuatu masa khususnya semasa jam kuliah setiap minggu. Maklumbalas daripada semua staf akademik dan bukan akademik di Fakulti Kejururteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang menunjukkan 85% bersetuju bahawa aplikasi mobil ini mudah digunakan, menawarkan perkongsian maklumat aktiviti-aktiviti dengan pantas dan berjaya mengelakkan pertembungan tetapan tarikh dan masa untuk merancang setiap aktiviti malah memberi manfaat tambahan kepada pengurusan fakulti dan kampus. Disamping itu, aplikasi mobil ini turut menyokong dasar IR4.0 kearah kampus digital.
Copyright (c) 2019 Gading Journal for the Social Sciences (e-ISSN 2600-7568)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
1. Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
2. Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
3. Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.